Guru Minta Habuan Seks, Pelajar Boikot Kelas

SOWETO: Pelajar sekolah di Limpopo di sini memboikot kelas sejak awal tahun selepas mendakwa guru mereka meminta pelajar perempuan melakukan hubungan seks, lapor akhbar di sini.

“Kami tidak boleh berpeluk tubuh apabila guru yang kami anggap sebagai ibu bapa, mahu meniduri kami sebagai pertukaran untuk lulus pada hujung tahun,” kata pelajar yang namanya dirahsiakan.

Pelajar di Sekolah Tinggi Mahlontebe di Roosenekal dilaporkan mendapat sokongan ibu bapa memboikot kelas selain menuduh guru selalu lewat atau tidak hadir.

Pengerusi badan mentadbir sekolah berkenaan, Ephraim Chilwane mengesahkan tindakan boikot oleh pelajar dan berkata dakwaan mereka sedang disiasat.

Badan pentadbir sekolah juga meminta jabatan pendidikan wilayah melakukan siasatan sendiri.

Seorang pelajar kelas berkenaan berkata, mereka memboikot kelas selepas guru tidak menunjukkan minat untuk mengajar dan mendakwa kebanyakan murid gagal dalam pelajaran kerana guru tidak melakukan tugas mereka.

“Kami tidak boleh berdiam diri apabila guru yang dianggap seperti ibu bapa sendiri mahukan seks sebagai tukaran meluluskan peperiksaan pada akhir tahun,” katanya.
Seorang lagi pelajar memberitahu, mereka melaporkan kelakuan guru itu pengetua sekolah namun tiada tindakan diambil.

Kesatuan Guru Demokratik Afrika Selatan dan jabatan pendidikan juga berkata bahawa mereka juga melancarkan siasatan sendiri. – Agensi


Artikel Menarik

  • Kerana Sengkenit, Saya Rasa Seperti Wanita Tua
  • Petua Menghilangkan Bau Nasi Hangit
  • Berita Kanak-Kanak Lemas Dalam Besen
  • Perkhidmatan  REVIEW Produk Kehamilan/Bersalin Di Blog Ibu Hamil
  • Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2012
  • 16 Disember 2011, Pesara Terima Bayaran Pencen Dan Bayaran Khas Kedua
  • Workshop Anakku Hebat
  • Bahaya Alat Kosmetik Kepada Bayi
  • Petua Mengubati Luka Selepas Bersalin
  • 30 Larangan Untuk Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>