Kerana Dadah, Muka Isteri Dibakar Sehingga Melecur

KOTA BHARU: Seorang penagih dadah dipercayai membakar muka isteri sehingga melecur mata kiri dalam kejadian di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek yang berusia 40 tahun, dikatakan meminta wang daripada anaknya, dipercayai hendak membeli dadah sebelum bertindak merampas dompet anaknya itu.

Sebaik suspek berjaya mendapatkan wang itu, beliau terus meluru keluar bilik sebelum terserempak dengan isterinya dan tiba-tiba bertindak ganas dengan membakar wang RM1 menggunakan pemetik api pada muka isterinya itu.

Akibat tindakan ganas itu, mata kiri isteri suspek melecur dan anak mangsa yang melihat kejadian itu tidak dapat membantu ibunya kerana terlalu takut dengan keadaan ayahnya. Mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Katanya, suspek baru saja selesai menjalani hukuman penjara membabitkan kes dadah dan ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

“Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. Ketika ditahan, ditemui bersama suspek, satu tiub straw dipercayai mengandungi dadah,” katanya.


Artikel Menarik

  • Keguguran (Abortion)
 Ibu Yang Mengandung
  • Panduan Memilih TASKA Untuk Anak Anda
  • Petua Menjaga Kuku Kekal Bersih, Cantik & Sihat
  • Kisah Isteri Dipukul Tegur Suami
  • Petua Ibu Mudah Bersalin
  • Purata RM46.00 Sebulan, Belanja Internet (Broadband) Rakyat Malaysia
  • 22 Tips Elak Kecurian, Dirompak Dan Dirogol Di Dalam Rumah Sendiri
  • Punca Kegagalan Malam Pertama Anda
  • Berita Nasib Seorang Isteri
  • Kes Lelaki Rakam Aksi Wanita Dalam Tandas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>